Jari jemari yang terasa sengal rasa selesa apabila dilipat untuk “dipatah-patahkan” (atau biasa digelar “mematahkan jari”). Bunyi letupan yang kedengaran bukannya bunyi jari atau sendi yang patah atau terselaras, tetapi bunyi gas yang terkumpul dan meletup kerana tersingkir melalui geseran semasa jari dipatahkan.

Amalan mematahkan jari seperti ini tidak digalakkan kerana gas yang terdapat di dalam sendi jari adalah sangat penting untuk mengimbangi kehadiran urik asid di situ. Malah sebenarnya apabila urik asid terkumpul pada sendiri jari, maka gas akan terbentuk bertujuan menukar bentuk urik asid kepada bentuk gas untuk dineutralkan atau diproses untuk disingkirkan dari tubuh.

Tindakan mematahkannya akan menyebabkan gas tersebut terkeluar dan proses meneutralkan urik asid pada sendi tidak terjadi.

Selain sendi jari, hampir keseluruhan sendi pada tubuh boleh menghasilkan bunyi apabila dilipatkan dengan niat hendak mematahkan atau membunyikannya. Antaranya siku, bahu, pinggul dan lutut. Sengaja melakukan perbuatan “mematahkan” ini lama kelamaan akan menyebabkan ia akan berterusan berbunyi setiap kali sendi digerakkan walaupun sedikit. Pekara ini biasa terjadi di sendi-sendi utama seperti lutut dan siku.

Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis terjadi apabila urik asid telah menghakis dan memusnahkan tisu-tisu pada dinding rawan pada sendi jari. Mereka yang mengalami masalah sendi selalu berbunyi apabila digerakkan atau sengaja mematah-matahkan sendi (seperti jari) menunjukkan tanda-tanda awal masalah kelemahan pada organ tulang atau simptom Rheumatoid Arthritis.

Osteoarthritis

Tulang yang kuat boleh mengikat mineral untuk perkembangan tisu dan pertumbuhan tulang. Osteoarthritis terjadi apabila rawan pada sendi tulang terhakis akibat kelemahan tenaga pada tulang yang gagal mengikat mineral untuk membentuk tisu baru rawan sendi.

Rawatan Tulang

Tulang memainkan peranan menyerap dan meneutralkan urik asid yang berlebihan. Kehadiran urik asid yang tinggi akan melemahkan fungsi tulang ini. Tulang yang bertenaga akan mudah untuk mengikat mineral terutama pottasium dan kalsium untuk membentuk tisu rawatan dan tulang. Tulang yang kuat akan mudah mengawal kehadiran urik asid dan mengelakkannya daripada mudah terhakis oleh urik asid.





Share/Save/Bookmark