Insuran Kereta

Dengan segala hormatnya, pihak syarikat ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Koperasi Wahida HPA Berhad telah dilantik sebagai agen korporat bagi Takaful Malaysia Berhad dan menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans kenderaan bermotor (kereta/motorsikal).

Sehubungan dengan itu, semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan PEMIMPIN serta AHLI-AHLI HPA disarankan supaya mengambil insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan Koperasi Wahida HPA Berhad. Bagi yang sudah tamat insurans kenderaan bermotor ( kereta) dan berminat untuk memohon insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan pihak Koperasi Wahida HPA Berhad boleh berbuat demikian bermula pada tarikh surat ini dikeluarkan.

Sila lampirkan bersama dokumen yang diperlukan iaitu:

1. Salinan Geran Kenderaan.
2. Sijil Insurans Lama / Cover Note.

Sebarang pertanyaan boleh melalui pegawai koperasi yang bertugas iaitu Encik Shamsul Azrin Bin Saaid di talian no: 04 -977 3813 /14/ 012 596 0607.

Oleh yang demikian, kerjasama dari semua amatlah dihargai.
Artikel Berkaitan:

* Pembayaran Tiket Konvek 2009
* Notis Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi Wahida HPA Berhad Tahun 2009
* Taklimat Koperasi Wahida Di Kluang, Johor
* Kemudahan Untuk Langgan Atau Tambah Syer KoWahida
* Mesyuarat Agung Kowahida, Kursus Pra PIC dan Klinik Herblis


Share/Save/Bookmark